suria

GP China: Hamilton Ungguli Pusingan Kelayakan, Tempah Petak Pertama

Hamilton meraih petak pertama perlumbaan Formula Satu GP China buat kali pertama untuk pasukan Mercedes.
Hamilton meraih petak pertama perlumbaan Formula Satu GP China buat kali pertama untuk pasukan Mercedes.
Hamilton meraih petak pertama perlumbaan Formula Satu GP China buat kali pertama untuk pasukan Mercedes.

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton meraih petak pertama bagi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix China yang berlangsung di Shanghai selepas mengungguli aksi kelayakan pada Sabtu.

Hamilton mencatat 1:34.484 , diikuti pelumba Lotus, Kimi Raikkonen dan tempat ketiga Fernando Alonso (Ferrari).

Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg meraih kedudukan keempat, Felipe Massa dari Ferrari di tempat kelima.

Seorang lagi pelumba Lotus, Romain Grosjean berada di petak keenam.

Petak ke-7 diraih Daniel Ricciardo (Toro Rosso), dan kelapan, Jensen Button (McLaren).

Sementara itu, pusingan kelayakan ini menyaksikan aksi perlahan pasukan Red Bull selepas pelumba mereka, Sebastian Vettel hanya meraih petak kesembilan, manakala rakan sepasukannya, Mark Webber berada di kedudukan ke-14.

Hamilton yang meraih gelaran juara dunia 2008 mempamerkan aksi pantas untuk pasukan Mercedes buat kali pertama dan kali ke-27 dalam kariernya.

KEDUDUKAN PETAK PELUMBA SELEPAS PUSINGAN KELAYAKAN FORMULA SATU GP CHINA, AHAD:

1. Lewis Hamilton- Mercedes

2. Kimi Raikkonen - Lotus

3. Fernando Alonso - Ferrari

4.Nico Rosberg - Mercedes7

5. Felipe Massa - Ferrari

6. Romain Grosjean - Lotus

7.Daniel Ricciardo - Toro Rosso

8.Jenson Button - McLaren

9.Sebastian Vettel- Red Bull

10.Nico Hulkenberg- Sauber

11.Paul Di Resta-Force India

12.Sergio Perez - McLaren

13.Adrian Sutil- Force India

14.Mark Webber- Red Bull

15.Pastor Maldonado- Williams

16.Jean-Eric Vergne-Toro Rosso

17.Valtteri Bottas- Williams

18.Esteban Gutierrez- Sauber

19.Jules Bianchi- Marussia

20.Max Chilton-Marussia

21.Charles Pic- Caterham

22.Giedo van der Garde-Caterham

Artikel Sebelum

Artikel Lain