suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lions XII FC Kekal Pendahulu Liga Super

KUALA LUMPUR: Pasukan Lions XII FC dari Singapura terus mengukuhkan cengkaman mereka di persada Liga Super selepas mencatatkan kemenangan tipis, 2-1 ke atas Perak pada aksi tunggal liga di Stadium Jalan Besar, Singapura, pada Sabtu.

Perlawanan berkenaan sepatutnya berlangsung pada 23 Februari lepas di venue yang sama namun ditangguhkan pada Sabtu.

Pada perlawanan tersebut, kapten pasukan Lions XII, Shahril Ishak menjaringkan dua gol untuk pasukan tuan rumah masing-masing pada minit ketujuh dan minit ke-57.

Skuad Seladang bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah bagaimanapun berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi gol Mohamad Rafiuddin Roddin pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Tiga mata yang dikutip skuad bimbingan V. Sundramoorthy itu membolehkan mereka kekal di persada liga dengan 23 mata manakala Perak kekal di tangga kesembilan liga dengan 14 mata selepas kedua-dua pasukan mengharungi 11 perlawanan. - BERNAMA

Artikel Lain