suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pusingan Kelayakan Bola Sepak Istimewa Bermula Di Kompleks Sukan GMI Kajang Pada Selasa

KUALA LUMPUR: Pusingan kelayakan Kejohanan Bola Sepak Bersatu Kebangsaan, yang menghimpunkan atlet istimewa Olimpik yang kurang upaya mental dan Rakan Bersatu, akan bermula di kompleks sukan Institut Jerman-Malaysia (GMI) di Taman Universiti, Kajang pada Selasa.

Kejohanan enam hari, anjuran Sukan Olimpik Istimewa Malaysia (SOM), akan disertai oleh lima pasukan dari Labuan, Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan penganjur hari ini, sembilan pemain potensi dan tujuh rakan bersatu akan dipilih mewakili negara pada pusingan kelayakan Piala Bersatu Asia Pasifik di Bangkok, Thailand, mulai 15 hingga 21 Jun ini.

Pada pusingan kelayakan di Bangkok, Malaysia akan berentap dengan pasukan dari rantau Asia Pasifik bagi merebut slot tunggal ke Piala Bolasepak Sukan Bersatu 2014 di Brazil.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain