suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Formula Satu: Bottas Perlu Masa Untuk Bangkit

Valtteri Bottas
Valtteri Bottas
Valtteri Bottas

PELUMBA Williams, Valtteri Bottas mengakui kecewa dengan prestasi pasukannya sejak tirai perlumbaan Formula Satu (F1) dibuka musim ini.

Impian untuk melihat prestasi terbaik musim ini belum terlaksa bagi kedua-dua pelumba pasukan ini selepas, Bottas dan Pastor Maldonado gagal mempamerkan aksi pantas mereka dalam dua siri perlumbaan sebelum ini.

Moldonado terkeluar dua kali termasuk pusingan kelayakan ketika di Australia dan Malaysia, manakala Bottas berada di kedudukan ke-11 ketika aksi di Litar Antarabangsa Sepang dua minggu lalu.

"Sudah tentu saya cuba bersaing untuk kedudukan terbaik. Sasaran itu sangat tinggi dan akan terus cuba untuk melakukan aksi konsisten.

"Namun setakat ini harapan saya atau pasukan agak mengecewakan.

"Dan itu yang terjadi sekarang. Kami perlu kembali kepada landasan yang betul.

"Kami faham situasi sukar tersebut dan memerlukan sedikit masa untuk mencapai apa yang disasarkan," jelasnya.

Artikel Lain