suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Shabery Kecewa Persembahan Hambar Harimau Malaya

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek amat kesal dengan persembahan hambar pasukan Harimau Malaya yang diaibkan Palestin 2-0 pada perlawanan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Selasa.

Beliau berkata perlawanan itu perlu dijadikan sebagai pengajaran terbaik untuk memperbaiki mutu dan kelemahan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal yang beraksi longlai dan mengecewakan semua pihak.

"Dari segi tahap pemain kita, saya sendiri tak puas hati. Walaupun ia perlawanan amal, tetapi pasukan kita begitu amal dan bermurah hati di mana begitu bersemangat menderma (dua gol) sehinggakan membuat banyak kesilapan.

"Saya anggap ini sebagai satu panggilan 'wake-up call' yang serius kepada pasukan kebangsaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Portal Pemetaan Belia Malaysia, di sini pada Rabu.

Skuad negara yang baru mencatat kemenangan 2-1 menentang Yemen dalam saingan pusingan kelayakan Piala Asia 2015, Jumaat lepas, ternyata hilang rentak dengan persembahan kurang memberangsangkan sepanjang perlawanan.

Ahmad Shabery berkata Harimau Malaya juga mungkin akan kehilangan sokongan penyokong sekiranya anak buah Rajagopal gagal mempamerkan aksi memberangsangkan pada perlawanan seterusnya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain