FC Ryuku: Wan Zack Ikat Kontrak Dua Tahun, Naim Setahun - Sukan | mStar

FC Ryuku: Wan Zack Ikat Kontrak Dua Tahun, Naim Setahun

Shinoda (tengah) bergambar bersama pemain Wan Zack (kiri) dan Mohd Nazirul Naim (kanan) selepas sidang media mengenai perpindahan dua pemain itu ke Ryuku FC. Foto: BERNAMA
Shinoda (tengah) bergambar bersama pemain Wan Zack (kiri) dan Mohd Nazirul Naim (kanan) selepas sidang media mengenai perpindahan dua pemain itu ke Ryuku FC. Foto: BERNAMA

PETALING JAYA: Pemain Harimau Muda A, NAzirul Naim Che Hashim sah mengikat kontrak selama setahun dengan kelab bola sepak Jepun, FC Ryukyu, manakala Wan Zack Haikal Wan Noor ditawarkan kontrak selama dua tahun.

Kedua-dua pemain tersebut berjaya menarik minat kelab FC Ryukyu itu selepas wakil kelab tersebut turut bersama menyaksikan latihan dua pemain muda itu ketika bertandang ke Malaysia dua minggu lalu.

Menurut Naib Presiden Eksekutif FC Ryukyu, Sotara Shinoda, kedua-dua pemain ini gembira kerana berjaya mendapat dua pemain yang berkaliber ini.

"Kami sentiasa membuka peluang untuk pemain-pemain Malaysia beraksi dengan kelab ini.

"Wan Zack diberi kontrak selama dua tahun dan setahun untuk Naim.

"Mereka akan menjalani latihan bersama 29 pemain lain dan terpulang kepada ketua jurulatih untuk memilih mereka dalam barisan kesebelasan utama.

"Saya berharap mereka ini akan menjadi pemain utama pasukan ini nanti," jelasnya pada sidang media, pada Isnin.

Shinoda berkata, selain Wan Zack dan Naim, kelab ini juga turut mengikat dua pemain Korea dan seorang dari Brazil.

"Kami turut menyediakan dua orang kakitangan untuk mengajar mereka bahasa Inggeris, dan dalam masa sama mereka akan turut belajar bahasa Jepun.

"Saya berharap mereka akan fasih berbahasa Jepun tidak lama lagi.

"Selain itu, saya dan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah berbincang dan kedua-dua mereka akan diberi kelonggaran untuk kembali ke Malaysia menjalankan tugas mereka jika ada perlawanan penting.

"Apa yang penting kami gembira menjalinkan hubungan rapat dengan FAM," tambahannya.

Sementara itu, Wan Zack yang pernah mengikuti latihan bersama kelab itu Julai tahun lalu berkata, dia sudah bersedia untuk berlepas ke Jepun malam ini (Isnin) bagi menyertai kelab divisyen tiga Liga Jepun itu.

"Sudah semestinya tawaran ini adalah yang bermakna sepanjang karier saya.

"Di sana nanti saya akan cuba melakukan yang terbaik bagi merebut tempat barisan utama pemain.

"Saya yakin mampu menyesuaikan diri dengan keadaan di sana memandangkan cuaca di Okinawa tidak jauh beza dengan Malaysia," jelas pemain sayap ini.

Wan Zack telah menjadi sasaran kelab itu sejak tahun lalu lagi.

Namun berbeza pula dengan pemain kelahiran Perak, Naim yang tidak pernah menyertai mana-mana kelab luar negara sebelum ini.

"Sedikit berasa gementar, tetapi itu tidak menjadi masalah besar kepada saya.

"Ssebolehnya saya akan cuba membiasakan diri dengan keadaan di sana dan saya juga berada lega kerana sekurang-kurang ada rakan senegara di sana.

"Tawaran ini juga dianggap sebagai tempat untuk saya menambah pengalaman sebelum kembali ke negara bagi menyertai Sukan Sea hujung tahun ini, sekali gus membantu mempertahankan pingat emas," jelas anak ketiga daripada lima orang adik beradik ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain