suria

500 Pemain Dijangka Sertai Kejohanan Skuasy Milo All Star Junior

PETALING JAYA: Seramai 400 pemain termasuk dari enam negara luar telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Skuasy Milo All Star Junior ke-13 di Pusat Skuasy Astaka, di sini, dari 28 Mei hingga 2 Jun.

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Puasa Md Taib berkata kejohanan anjuran bersama MBPJ dan Persatuan Skuasy Selangor (SRAS) itu telah menarik penyertaan pemain luar dari India, Sri Lanka, Australia, New Zealand, Indonesia dan Filipina.

"Kita jangka 500 pemain akan menyertai kejohanan ini sebelum tarikh tutup penyertaan pada 15 April ini," katanya pada sidang media sempena kejohanan itu di sini, Selasa.

Beliau berkata kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 itu akan mempertandingkan lima kategori iaitu peringkat umur lelaki dan perempuan bawah 19, bawah 17, bawah 15, bawah 13 dan bawah 11.

Sementara itu, Presiden SRAS Datuk Mohamed Aini Taib berkata sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan bagi menaik taraf pusat skuasy berkenaan selepas kejohanan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain