GP Petronas Malaysia: Raikkonen Ungguli Sesi Latihan Bebas Kedua - Sukan | mStar

GP Petronas Malaysia: Raikkonen Ungguli Sesi Latihan Bebas Kedua

Pemandu kedua Mercedes AMG Petronas Lewis Hamilton keluar dari 'pit lane' pada sesi latihan pertama Perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat.Hamilton menduduki tempat kesembilan dengan catatan masa 1 minit 37.840 saat manakala rakan sepasukannya NIco Rosberg menduduki tempat kelima dengan catatan masa 1 minit 37.588 saat.-fotoBERNAMA
Pemandu kedua Mercedes AMG Petronas Lewis Hamilton keluar dari 'pit lane' pada sesi latihan pertama Perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat.Hamilton menduduki tempat kesembilan dengan catatan masa 1 minit 37.840 saat manakala rakan sepasukannya NIco Rosberg menduduki tempat kelima dengan catatan masa 1 minit 37.588 saat.-fotoBERNAMA

SEPANG: Selepas menawan Litar Albert Park di Melbourne pada aksi Pusingan Pertama Formula Satu Grand Prix Australia minggu lalu, pelumba Lotus F1 Team, Kimi Raikkonen semakin ghairah untuk meneruskan aksi cemerlangnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Jumaat.

Pusingan kedua Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia bermula dengan latihan sesi bebas 22 pelumba dengan menyaksikan Mark Webber dari pasukan Red Bull Racing meraih kedudukan pertama pada sesi perrtama, manakala Raikkonen berada di tempat kedua.

Namun pada aksi sesi latihan kedua, Raikkonen mengambil alih kedudukan Webber dengan mencatat 1:36.56, manakala tempat kedua pula dikuasai seorang lagi pelumba Red Bull, Sebastian Vettel.

Pelumba Scuderia Ferrari, Felipe Massa berada di tempat ketiga selepas di kedudukan ketujuh pada latihan pertama .

Rakan sepasukan Massa, Fernando Alonso berada di empat keempat diikuti Webber dan keenam, Romain Grosjean (Lotus F1 Team).

Pengarah Teknikal Lotus, James Allison berkata, pasukannya gembira dengan aksi latihan bebas hari ini dan semuanya berjalan lancar.

"Pasukan berada dalam keadaan bagus. Keadaan cuaca panas atau hujan tidak menjadi masalah dan kami bersedia dengan keadaan tersebut," katanya pada pada sidang media berakhirnya latihan sesi kedua.

Allison juga berkata, prestasi Kimi setakat ini berada di kemuncak dan teruja untuk meneruskan aksinya di sini.

"Kimi berada dalam keadaan tenang dan penuh dengan keyakinan. Semangatnya sangat luar biasa.

"Kami berharap dia akan mengulangi kejayaan minggu lalu," tambahnya.

Sementara itu, kesemua pelumba bakal meneruskan sesi latihan sesi ketiga esok (Sabtu) sebelum mengharungi pusingan kelayakan pada sebelah petang.

SENARAI PELUMBA:

1. Kimi Räikkönen - Lotus-Renault

2.Sebastian Vettel - Red Bull Racing-Renault

3. Felipe Massa - Ferrari

4. Fernando Alonso -Ferrari

5. Mark Webber - Red Bull Racing-Renault

6.Romain Grosjean - Lotus-Renault

7.Nico Rosberg - Mercedes

8. Paul di Resta - Force India-Mercedes

9. Lewis Hamilton Mercedes

10.Adrian Sutil - Force India-Mercedes

11. Sergio Perez - McLaren-Mercedes

12. Jenson Button - McLaren-Mercedes

13. Nico Hulkenberg - Sauber-Ferrari

14. Esteban Gutierrez - Sauber-Ferrari

15. Jean-Eric Vergne - STR-Ferrari

16. Pastor Maldonado - Williams-Renault

17. Daniel Ricciardo - STR-Ferrari

18. Jules Bianchi - Marussia-Cosworth

19. Valtteri Bottas - Williams-Renault

20. Charles Pic - Caterham-Renault

21. Giedo van der Garde - Caterham-Renault

22. Max Chilton - Marussia-Cosworth

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain