suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benitez Akan Tinggalkan Chelsea Hujung Musim Ini

Rafael Benitez. Foto AFP
Rafael Benitez. Foto AFP
Rafael Benitez. Foto AFP

LONDON: Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini, katanya dalam keadaan marah pada sidang media selepas perlawanan Piala FA, di mana pasukan itu menewaskan Middlesbrough.

Benitez dilantik dalam perjanjian jangka pendek pada November untuk menggantikan Roberto Di Matteo yang dipecat, tetapi tidak pernah popular dengan para penyokong.

“Saya seorang yang profesional dan saya akan melakukan tugas saya. Saya akan pergi... pada penghujung musim ini,” katanya.

“Saya kecewa dengan sebahagian penyokong. Mereka perlu menyokong pasukan daripada membuang masa membuat sepanduk (mengkritik).

“Mereka perlu menyokong pasukan ini. Mereka menjadikan tugas pengurus sementara sebagai sesuatu kesilapan amat besar. Saya seorang pengurus dan saya akan menguruskan kelab ini. Para penyokong tidak membantu kami.” - REUTERS

Artikel Lain