suria

Hoki Wanita: Malaysia Atasi Kazakhstan 3-1

KUALA LUMPUR: Malaysia mencapai kemenangan kedua dalam tiga perlawanan pada pusingan kedua Hoki Liga Dunia Wanita apabila menumpaskan Kazakhstan 3-1 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, Khamis malam.

Selepas tumpas 3-0 kepada India Rabu lepas, skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim bangkit semula dengan jaringan Siti Noor Amarina seawal minit keempat.

Norhasikin Halim menambah gol kedua Malaysia pada minit ke-27 sebelum Nor Azlin Sumantri menghasilkan gol ketiga lima minit kemudian untuk kedudukan selesa pada babak pertama.

Kazakhstan, yang gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang pertandingan itu, bagaimanapun memecah kebuntuan dengan gol tunggal Vera Domashinova pada minit ke-68.

Malaysia, yang mengatasi Russia 3-1 pada perlawanan pembukaan, akan menentang Fiji pada Sabtu.

Dalam pada itu, India memintas Jepun di persada liga selepas membelasah Fiji 10-0 manakala Jepun hanya mampu seri 1-1 dengan Russia.

Dua pasukan teratas pada psuingan ini akan layak ke peringkat separuh akhir yang dijadual Jun ini.

Bagaimanapun, venue pertandingan perlawanan separuh akhir belum ditentukan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).-BERNAMA

Artikel Sebelum

Wang Kuasai Peringkat Ketiga LTdL

Artikel Berikut

Artikel Lain