suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad Harimau Muda A Catat Kemenangan Kedua Di Australia

KUALA LUMPUR: Pasukan Harimau Muda A mencatatkan kemenangan kedua dalam Jelajah Australia 2013 apabila mengalahkan kelab Liga Perdana Australia (A-League), Brisbane Lions SC, 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland, Australia pada Rabu.

Skuad Ong Kim Swee bermula dengan aksi agresif sebelum penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan menjaringkan gol pembukaan seawal minit ketiga sebelum pasukan lawan menyamakan kedudukan pada minit ke-14.

Rozaimi Abdul Rahman memastikan kemenangan kedua skuad negara dengan gol kemenangan pada minit ke-39.

Sabtu lepas, skuad Harimau Muda A memulakan siri perlawanan persahabatan dengan menumpaskan Palm Beach Sharks, sebuah pasukan A-League, 5-1.

Sementara itu, Kim Swee dalam twitternya gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak didiknya pada perlawanan berkenaan dan mahu mereka mengekalkan konsistensi dalam menghadapi perlawanan seterusnya.

"Keserasian serta pergerakan bertambah baik namun perlu konsisten terutama perlawanan memasuki separuh masa kedua agar tidak hilang rentak," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada para penyokong terutamanya pelajar Malaysia yang menuntut di Brisbane yang memberikan sokongan padu kepada pasukannya pada perlawanan itu.

Pasukan bawah 23 tahun kebangsaan itu yang dalam rangka persiapan untuk mempertahanankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini akan menamatkan aksi persahabatan menentang juara Liga-A musim 2011/2012, Brisbane Roar, pada 5 Februari ini.

Selepas aksi persahabatan di Australia, skuad Harimau Muda A dijangka mengadakan latihan selama lima bulan di Slovakia bermula 15 Mac sehingga Ogos, dan dijadual mengadakan 15 perlawanan persahabatan.

Sekembalinya dari Slovakia, pasukan berkenaan dijangka menyertai Pesta bola Merdeka dan Piala Thanh Nien (Newspaper Cup) di Vietnam. BERNAMA

Artikel Sebelum

WTA: Keputusan Terbuka Paris

Artikel Berikut

Artikel Lain