suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor Lebur Rekod Tanpa Kalah Pahang

KUALA LUMPUR: Selangor berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Pahang pada saingan bola sepak Liga Super dengan kemenangan 3-2 di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.

Kejayaan tipis itu membolehkan Selangor melonjak ke tangga kedua carta di belakang Pahang dan tempat ketiga oleh pasukan jemputan Singapura, Lions XII, yang sama-sama mengumpul sembilan mata selepas empat perlawanan.

Selangor bermula garang apabila penyerang veteranya, Amri Yahya berjaya menjaringkan dua gol pada minit ketiga dan minit ke-20.

Bagaimanapun, kedudukan selesa Selangor itu tidak kekal lama apabila Pahang bangkit dengan corak permainan kemas untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Fauzi Roslan (minit ke-24) dan Razman Roslan pada minit minit ke-44.

Pada babak kedua, Pahang mula menonjol dengan penguasaan bola dan mengatur serangan sebelum Selangor menyekat kemaraan pasukan pelawat itu menerusi gol kemenangan oleh Ramzul Zahini pada ke-80.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, Lions XII mencapai kemenangan ketiga setelah mengalahkan Terengganu 2-1.

Bagaimanapun, Terengganu mendahului babak pertama dengan jaringan Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-32 sebelum Lions XII bangkit pada babak kedua menerusi jaringan Safuwan Baharudin pada minit ke-64 dan gol kemenangan oleh Syafiq Zainal pada minit ke-74.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, pasukan tuan rumah Negeri Sembilan gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila kalah 0-1 kepada Perak.

Gol Perak dijaringkan oleh Failee Ghazali pada masa kecederaan untuk membantu pasukan itu mencapai kemenangan kedua. BERNAMA

Artikel Lain