suria

Anichebe Muncul Penyelamat Everton

Victor Anichebe
Victor Anichebe
Victor Anichebe

LONDON: Victor Anichebe yang diturunkan dari bangku simpanan muncul penyelamat Everton selepas membantu pasukan itu menundukkan Newcastle 2-1 di St James'Park, awal pagi Khamis.

Papiss Cisse menanduk masuk gol pertama Newcastle seawal minit kedua dan pasukan tuan rumah itu hampir menggandakan menerusi tandukan James Perch tetapi terkena palang.

Everton bangkit untuk mengikat kedudukan menerusi sepakan percuma Leighton Baines dari jarak jauh pada minit ke-43.

Pasukan lawan melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-60 menerusi percubaan kemas Anichebe.

Kemenangan itu membolehkan Everton memintas Arsenal untuk menduduki tangga kelima dengan mengumpul 36 mata daripada 21 perlawanan.

Sementara itu, pemergian Demba Ba ke Chelsea tidak lama lagi memberi tamparan hebat buat pengurus Newcastle, Alan Pardew.

Bagaimanapun, ia berita baik buat Cisse untuk beraksi lebih kerap selepas berhijrah dari Freiburg dengan nilai perpindahan £8 juta pada 2011.

Newcastle pula hanya dua mata lagi untuk menghampiri zon penyingkiran liga.

Barisan pemain:

Newcastle: Krul; Perch, Williamson, Coloccini, Santon; Obertan, Anita, Tiote, Marveaux; S Ameobi, Cisse. Pemain gantian: Bigirimana, S Ameobi, Ranger.

Everton: Howard; Heitinga, Jagielka, Distin, Baines; Naismith, Neville, Osman, Pienaar; Fellaini; Jelavic. Pemain gantian: Anichebe, Oviedo.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain