suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ATM Azam Beri Tentangan Hebat Pasukan Red Warriors

PASIR MAS: Skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberi tentangan hebat kepada Kelantan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah pada perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih 2013 Sabtu ini, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata pemain pasukan The Gladiators termasuk dua pemain import Marlon Alex James dan Bruno Martelotto sudah bersedia untuk menentang pemain Red Warriors.

"Saya minta semua anggota tentera yang tidak bertugas, ramai-ramai datang ke Stadium Shah Alam Sabtu ini untuk memberi sokongan kepada pasukan ATM," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pos Ops Wawasan sempadan Kelantan-Thailand di Rantau Panjang di sini, Rabu.

ATM menyertai kelompok elit Liga Super 2013 setelah menjuarai Liga Perdana musim lepas di samping mencipta kejutan dengan hampir menjulang Piala Malaysia setelah ditewaskan Kelantan 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Zulkifeli berkata sejak ATM memperkukuhkan pasukan bola sepaknya, ia menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi di kalangan warga tentera terutama sokongan untuk melihat pasukan itu memenangi sesuatu perlawanan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain