suria

Ferguson-Guordiola Berjumpa Di New York

Alex Ferguson
Alex Ferguson
Alex Ferguson

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson dilaporkan telah bertemu dengan bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola di di New York baru-baru ini.

Ini merupakan pertemuan kali ketiga antara Ferguson dan Guardiola sepanjang berada di AS.

Pertemuan itu menghangatkan lagi spekulasi bahawa Guardiola bakal menggantikan tempat pengendali berusia 71 tahun itu di Old Trafford pada akhir musim ini.

Ini kerana Ferguson yang berkhidmat bersama United selama 26 tahun, dijangka bersara akhir musim ini.

Guardiola yang turut dikaitkan dengan Chelsea dan Bayern Munich menepati ciri-ciri yang dimahukan oleh pihak pengurusan United.

Selain Guardiola, Ferguson turut mencadangkan jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho dan pengurus Everton, David Moyes.

Guardiola meninggalkan Barcelona pada akhir musim lalu selepas memenangi tiga gelaran Liga Sepanyol dan dua kali juara Eropah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain