suria

110 Pemain Golf Tempatan Buru Slot'Wild Card' Maybank Terbuka 2013

KUALA LUMPUR: Sebanyak 110 pemain golf profesional tempatan akan menyertai kejohanan 'Professional Golf of Malaysia (PGM)-Maybank Tour Players' bagi mengisi slot 'wild card' ke Maybank Terbuka Malaysia (MMO) 2013.

Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata kejohanan itu yang terbuka kepada pemain profesional tempatan menawarkan hadiah wang tunai RM300,000 dan akan berlangsung esok hingga 22 Disember di Impian Golf & Country Club, Kajang, Selangor.

"Sebagai penaja utama MMO dan dalam usaha melahirkan pemain profesional tempatan, Maybank akan menawarkan slot wild card kepada pemenang untuk bersaing pada kejohanan bertaraf dunia," katanya dalam kenyataan, di sini Selasa.

Kejohanan itu adalah pusingan terakhir dan penamat kepada siri Jelajah PGM bagi 2012 dan dianggap acara kemuncak oleh pemain profesional Malaysia kerana turut menentukan kedudukan PGM Tour Order of Merit.

R. Nachimuthu memenangi PGM Tour Order of Merit 2011 dan kejohanan penutup musim PGM Kinrara Masters.

Sebanyak 130 pemain layak ke kejohanan akhir itu selepas 20 siri yang berlangsung sepanjang tahun, termasuk tujuh dianjur bersama dengan Jelajah Pembangunan Asia (ADT).

Sejumlah RM3.244 juta dimenangi pemain dalam siri Jelajah PGM sepanjang musim 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain