suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Grosjean, Raikkonen Kekal Bersama Lotus Musim Depan

Grosjean meraih gelaran juara pada aksi Perlumbaan Juara-Juara di Bangkok Ahad lalu.
Grosjean meraih gelaran juara pada aksi Perlumbaan Juara-Juara di Bangkok Ahad lalu.
Grosjean meraih gelaran juara pada aksi Perlumbaan Juara-Juara di Bangkok Ahad lalu.

PASUKAN Lotus mengumumkan akan mengekalkan barisan pelumba mereka pada Formula Satu musim depan dengan gandingan Romain Grosjean bersama juara 2007, Kimi Raikkonen.

Pengesahan itu dibuat sejurus selepas Grosjean menjuarai Perlumbaan Juara-Juara di Bangkok menewaskan juara tiga kali, Sebastian Vettel (Red Bull) dan bekas juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher.

"Romain merupakan pelumba yang berbakat dan kami berbangga untuk terus bersama dia bagi musim kedua.

"Dengan kekalnya dua pelumba ini, kami merancang untuk mencatat keputusan yang lebih baik musim depan," jelas principal Lotus, Eric Boullier dalam satu kenyataan.

Lotus menamatkan persaingan musim 2012 dengan kedudukan keempat keseluruhan dengan Grosjen meraih tiga kali podium dan tempat kelapan bagi kedudukan pelumba.

Artikel Sebelum

Artikel Lain