suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dunia Bolasepak Dikejutkan Dengan Berita Kanser Pengurus Barcelona

Tito Vilanova
Tito Vilanova
Tito Vilanova

DUNIA bolasepak telah dikejutkan dengan pengumumum bahawa Pengurus Barcelona, Tito Vilanova kini disahkan dengan penyakit kanser untuk kali yang kedua.

Bagaimanapun, beliau berazam untuk terus kekal bersama Barcelona.

Vilanova, 44, pernah mengidap tumor tahun lalu ketika beliau masih menjadi penolong kepada Pep Guardiola tetapi kini mendapati satu lagi tumor telah dikesan dan akan melalui proses kemoterapi dan radioterapi selama enam minggu selepas selesai menjalani pembedahan.

Presiden Barcelona, Sandro Rosell dipetik oleh akhbar The Sun UK sebagai berkata; “Tito akan terus mengurus pasukan bolasepak kelab ini walaupun dalam tempoh beberapa minggu akan datang beliau tidak dapat bersama kita di atas padang."

Vilanova mengambil alih pengurusan kelab itu daripada Guardiola pada penghujung tahun lalu.

Walaupun seorang yang berprofil rendah dan kurang bercakap tetapi beliau telah mengemudi Barca dengan begitu cemerlang sekali pada musim ini iaitu yang terbaik di kalangan kelab-kelab La Liga.

Selepas 16 perlawanan, kelab itu hanya gagal mengutip dua mata — malah kini sembilan mata di hadapan pencabar terdekat iaitu Atletico Madrid.

Artikel Sebelum

Artikel Lain