suria

Chicharito Sedia Tinggalkan United

Hernandez sedia meninggalkan United jika terus dijadikan pemain simpanan.
Hernandez sedia meninggalkan United jika terus dijadikan pemain simpanan.
Hernandez sedia meninggalkan United jika terus dijadikan pemain simpanan.

MANCHESTER United kemungkinan besar akan kehilangan salah seorang penyerang terbaik Eropah, selepas Javier Hernandez bersedia untuk meninggalkan kelab itu.

Dengan kehadiran Robin van Persie yang digandingkan dengan Wayne Rooney, penyerang kebangsaan Mexico itu terasa dirinya tercicir.

Hernandez atau Chicharito kini bersedia untuk meninggalkan kelab ini, kecuali jika dia diberi lebih peluang untuk bermain.

Menurut satu kenyataan, dua kelab, Fiorentina dan Porto berminat dengan penyerang berusia 24 tahun ini.

Hanya sembilan gol yang dicipta musim ini dengan aksi yang terhad, Hernandez dilihat tidak mudah untuk meninggalkan kelab ini apabila United mungkin akan gandakan harga £7m (RM35 juta) jika dia melangkah keluar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain