suria

Skuasy: Nicol Mudah Ke Suku Akhir Terbuka Dunia

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Malaysia, Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan skuasy Wanita Terbuka Dunia 2012 yang diadakan di Kepulauan Cayman pada Isnin.

Dalam perlawanan pusingan kedua, pemain berusia 29 tahun itu mengalahkan pemain pilihan kesembilan Annie Au dari Hong Kong secara straight set 11-3, 11-2 dan 11-3, dengan mengambil masa hanya 25 minit.

Menurut laman web rasmi pertandingan, www.worldopensquash.com, Nicol akan bertemu Madeline Perry dari Ireland dalam perlawanan suku akhir yang akan diadakan pada 19 Dis (20 Dis waktu Malaysia)

Terdahulu, Madeline menempah tempat ke suku akhir selepas mengalahkan Nour El Sherbini dari Mesir juga straight set 11-2, 11-9, 11-9 dalam masa 37 minit.

Berdasarkan rekod, Nicol telah merangkul enam gelaran Juara Terbuka Dunia, bermula di Hong Kong pada 2005, Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan dua kali di Belanda (2009 and 2011).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain