suria

FAM Disaran Ketatkan Peraturan Pembelian Pemain - Santokh Singh

KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Santokh Singh menyarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengetatkan peraturan berhubung pembelian pemain oleh sesebuah pasukan.

Beliau berkata jika perkara itu tidak dibendung, ia akan menjejaskan perkembangan bola sepak tanah air.

"Keadaan begini sememangnya tidak sihat untuk industri bola sepak negara. Kita tidak boleh terus membiarkan pemain kita bermain semata-mata kerana wang.

"FAM perlu mengetatkan peraturan dan syarat kontrak untuk elakkan perkara seperti ini terus berleluasa," katanya mengulas berhubung pembelian beberapa pemain kebangsaan oleh sebuah pasukan, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sidang media mengenai '8th Royal Selangor Club (RSC) Datuk Chu Ah Nge International Junior Soccer Tournament' di sini hari ini.

Menyentuh mengenai pertemuan skuad Harimau Malaya dengan Thailand pada peringkat separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini, beliau berkata,: "Kalau boleh, kita nak menang di tempat sendiri, mungkin 2-0."- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain