suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Juara-Juara Eropah: Chelsea Kecundang Di Sebalik Menang Besar

KINI sejarah benar-benar tercatat bagaimana Chelsea menjadi penyandang juara yang pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah untuk kecundang di peringkat kumpulan di sebalik mencatat kemenangan besar pada perlawanan terakhir mereka.

Mereka menumpaskan pasukan kerdil dari Denmark yang tidak pernah diketahui pun nama dan sejarahnya iaitu Nordsjaelland 6-1. Ia juga adalah kemenangan pertama Rafa Benitez sejak dilantik sebagai pengurus Chelsea.

Namun itu masih belum cukup untuk menyelamatkan maruah dan kejuaraan yang mereka sandang musim lalu.

Kegembiraan Chelsea hanya seketika kerana selepas mendapat berita Juventus menumpaskan Shakhtar Donetsk dan menjuarai Kumpulan E, maka hancur musnahlah harapan mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Chelsea kini harus berpuashati sekadar dapat bermain dalam Liga Europa iaitu liga yang lebih kecil dari Liga Juara-Juara.

Artikel Sebelum

Artikel Lain