suria

Penyerang Sensasi Stephan El Shaarawy Selamatkan AC Milan

El Shaarawy menyelamatkan maruah AC Milan pada aksi menentang Napoli awal pagi Isnin.
El Shaarawy menyelamatkan maruah AC Milan pada aksi menentang Napoli awal pagi Isnin.
El Shaarawy menyelamatkan maruah AC Milan pada aksi menentang Napoli awal pagi Isnin.

PENYERANG SENSASI Stephan El Shaarawy menjaringkan dua gol bagi menyelamatkan AC Milan dalam perlawanan menentang Napoli yang berkesudahan seri 2-2.

Milan yang ketinggalan dua gol berjaya mengangkat tekanan dari bahu pengurus mereka, Massimiliano Allegri, yang kini hanya berjaya menduduki tangga ke-12 dengan 15.

Presiden Milan yang juga bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, telah terbang ke bandar Milan dengan helikopter untuk bertemu dengan pemain-pemainnya dalam usaha untuk mengangkat kembali semangat mereka yang semakin patah ekoran prestasi yang malap musim ini.

Ini adalah jaringan liga yang kesembilan buat El Shaarawy untuk kelabnya.

Pemain itu juga telah menjaringkan gol tunggal Itali ketika pasukan kebangsaan itu tewas 1-2 kepada Perancis dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tengah minggu lalu.

Stephan El Shaarawy, AC Milan, Napoli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain