suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wei Feng, Koo/Tan dn Beregu Campuran Negara Mara Ke Separuh Akhir Terbuka China

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Chong Wei Feng terus memperagakan aksi cemerlang untuk menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China di Shanghai, China, malam Jumaat.

Pemain berusia 25 tahun itu hanya mengambil masa 37 minit untuk mengetepikan saingan pemain Jepun Takuma Ueda 21-16, 21-13 pada perlawanan pusingan ketiga.

Wei Feng yang merupakan wakil tunggal negara dalam acara perseorangan akan menentang pilihan utama Cheng Long dari China pada separuh akhir pada Sabtu.

Selain itu, beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong turut melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan beregu Taiwan Chen Hung Ling/Lu Chia Bin dengan 21-17, 21-17.

Mereka akan berdepan dengan beregu nombor satu dunia, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark pada separuh akhir.

Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ling turut layak ke separuh akhir apabila menundukkan gandingan Indonesia, Riky Widianto/Puspita Richi Dili 21-16, 21-18.

Chan dan Liu, beregu campuran nombor empat dunia itu, akan menentang gandingan, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir, beregu nombor tiga dunia dari Indonesia, esok. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain