suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Golf Amal Piala Raja Permaisuri Agong Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) dan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) akan menganjurkan acara golf amal bagi merebut Piala Raja Permaisuri Agong di Mines Resort & Golf Club di sini, Ahad ini.

Penyelaras kejohanan, Datuk Rabeahtul Aloya Abbas berkata Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan mengambil bahagian pada acara amal buat julung kali itu.

Pertandingan itu diadakan bagi bertujuan mengumpul dana untuk menyokong aktiviti kebajikan YAYSH dan juga bagi program pembangunan pemain junior negara.

"Sehingga kini, kita telah mengumpul lebih RM550,000 daripada pelbagai syarikat dan rakan termasuk sebuah cincin berlian bernilai RM50,000 sebagai hadiah bagi pukulan 'hole-in-one' daripada Poh Kong Jewellers," kata Rabeahtul Aloya, yang juga Pengarah Eksekutif MALGA, dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata baginda amat meminati sukan golf dan penyokong setia kepada program pembangunan sukan golf junior dan aktiviti-aktiviti untuk rumah anak yatim.

Katanya masih terdapat beberapa slot untuk syarikat dan individu yang berminat menyertai acara amal itu dan mereka boleh menghubungi pejabat MALGA di talian 03-20321577, 016-6537874 or 019-6319218. -BERNAMA

Artikel Lain