T'ganu Mahu Dapatkan Jurulatih Renang China - Sukan | mStar

T'ganu Mahu Dapatkan Jurulatih Renang China

KUALA TERENGGANU: Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bercadang mendapatkan khidmat dua jurulatih dari China untuk melatih para perenang dan penerjun negeri, kata Timbalan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu.

Beliau berkata setakat ini pihaknya masih dalam proses berurusan dengan pihak di sana untuk tujuan tersebut.

"Kita perlukan seorang jurulatih renang dan seorang jurulatih terjun secepat mungkin," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan renang antara kelab-kelab seluruh Malaysia di sini hari ini.

Ibni Amin berkata pengambilan jurulatih China bertujuan untuk membentuk pasukan renang Terengganu secara bersistematik dan teratur selain membantu program pembangunan renangnya.

Pihak China akan menyediakan kumpulan jurulatihnya untuk dinilai dan dipilih oleh MSNT dalam masa terdekat, katanya.

Beliau berkata China dilihat mempunyai jurulatih berwibawa dalam sukan renang yang telah ramai melahirkan atlet renang dan terjun di peringkat antarabangsa.

Tambahan pula pasukan akuatik Terengganu sekarang ini ketiadaan jurulatih apabila bekas jurulatih kebangsaan Foo Yoke Meng akan eletak jawatan berkuat kuasa akhir bulan ini, katanya.

"Foo berkhidmat di negeri ini selama 20 bulan," tambahnya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain