Azman Lepas Jawatan Pengurus Kelantan, Mat Yo Dibenar Ke Johor Dengan Syarat - Sukan | mStar

Azman Lepas Jawatan Pengurus Kelantan, Mat Yo Dibenar Ke Johor Dengan Syarat

KOTA BAHARU: Desas-desus mengatakan Azman Ibrahim akan berundur sebagai pengurus pasukan The Red Warriors pada musim hadapan akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan peletakan jawatannya itu.

Azman yang menjadi pengurus pasukan bola sepak Kelantan sejak 2005 berkata, ia masa yang tepat untuk beliau berundur selepas Kelantan berjaya menggondol kejayaan treble dengan menyapu bersih ketiga-tiga piala dalam saingan Liga Super, FA dan Piala Malaysia musim ini walaupun Kelantan pada suatu ketika dahulu pernah bermain di Liga FAM.

"Saya ambil pasukan ini bersama Datuk Ahmad Jazlan Yaacob (ketika itu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan) pada 2005 bila Kelantan jatuh ke Liga FAM yang mana tidak ramai yang berminat untuk menguruskan pasukan ini dan kembali ke Liga Perdana pada tahun berikutnya.

"Saya bersyukur dapat bersama Kelantan dalam saat kegemilangan dan harap The Red Warriors lebih berjaya pada masa hadapan. Saya percaya Bojan (Hodak) boleh lakukan tugas sebagai pengurus walaupun pada masa yang sama menjadi jurulatih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkaitan perarakan tiga piala itu, di sini, Selasa.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebooknya dipetik sebagai berkata Kafa membuat keputusan untuk melantik Bojan Hodak sebagai Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan selepas Azman yang juga Setiausaha Agung persatuan tersebut memohon untuk tidak menjadi pengurus pasukan pada musim 2013.

Bagaimanapun Azman masih kekal sebagai Setiausaha Agung KAFA.

Ketika ditanya sebab-sebab pengunduran beliau daripada pengurusan pasukan, Azman berkata beliau ingin memberikan peluang kepada orang baru supaya Kelantan dapat diuruskan dengan lebih baik.

"(Pengunduran) ini telah lama saya fikirkan, tapi seboleh-bolehnya saya pun nak beri peluang kepada orang lain kerana bila terlampau lama akan banyak perkara yang boleh berlaku.

"Usia saya pun sudah meningkat. Daripada segi tekanan dan beban kerja, saya rasa saya harus lepaskan secara beransur-ansur," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden KAFA Datuk Rosmadi Ismail berkata penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang lebih dikenali sebagai Mat Yo akan dilepaskan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) jika persatuan itu bersetuju dengan syarat-syarat KAFA.

"Jawatankuasa Pengurusan bersetuju untuk menyerahkan urusan pemindahan Mat Yo (Norshahrul) kepada Tan Sri (Annuar Musa). Beliau akan guna budi bicara dan pandangan dia dalam menentukan kedudukan Mat Yo.

"Selain itu, kita telah hantar surat tawaran kepada PBNJ dan terserah kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada setuju atau tidak dengan tawaran yang kita tetapkan," katanya.

Beliau enggan menyatakan syarat-syarat itu.

Perpindahan Mat Yo, pemain paling bernilai untuk tiga tahun berturut-turut itu, mencipta polemik apabila timbul khabar angin mengatakan PBNJ sanggup membayar yuran perpindahan sebanyak RM1 juta kepada KAFA bagi membolehkan Mat Yo beraksi bersama pasukan Johor pada musim hadapan.

Dalam perkembangan lain, Rosmadi berkata KAFA akan mengadakan Majlis Perarakan Tiga Piala pada 20 Nov ini bagi menghargai penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada The Red Warriors sehingga berjaya menyapu bersih ketiga-tiga piala pada musim ini.

Rosmadi berkata perarakan itu akan bermula pada 10.30 malam di perkarangan Hotel Renaissance selepas santapan malam bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, selain turut mempersembahkan ketiga-tiga piala tersebut kepada baginda di hotel itu.

Perarakan itu bermula daripada perkarangan hotel tersebut melalui Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Temenggong dan Jalan Mahmood sebelum berakhir di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Beliau menjangka kehadiran kira-kira 7,000 hingga 10,000 penyokong Kelantan pada perarakan itu dan Annuar turut dijangka mengumumkan kesebelasan utama The Red Warriors yang akan beraksi pada musim hadapan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

T'ganu Mahu Dapatkan Jurulatih Renang China

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain