suria

Chelsea Berjaya Balas Dendam ke Atas United

Pemain-pemain Chelsea meraikan kemenangan 5-4 ke atas Man United pada aksi Piala Liga, Khamis.
Pemain-pemain Chelsea meraikan kemenangan 5-4 ke atas Man United pada aksi Piala Liga, Khamis.
Pemain-pemain Chelsea meraikan kemenangan 5-4 ke atas Man United pada aksi Piala Liga, Khamis.

SEMBILAN gol, 10 layangan kad kuning, tiga sepakan penalti adalah sebahagian daripada drama yang menyaksikan Chelsea berjaya membalas dendam ke atas Manchester United dengan menewaskan bekas juara Inggeris itu 5-4 dalam perlawanan pusingan ke-4 Piala Capital One awal pagi Khamis.

Hanya Ahad lalu, kedua-dua pasukan bertembung dalam perlawanan Liga Perdana yang menyaksikan United menang secara penuh kontroversi 3-2.

Tapi kali ini Chelsea berjaya membalas dendam apabila mereka berjaya menyekat kemenangan berganda United dengan menjaringkan gol pada masa kecederaan sebelum tempoh penuh perlawanan tamat sekaligus memaksa perlawanan dimainkan dalam masa tambahan 30 minit.

Dalam tempoh itu mereka menjaringkan dua gol lagi untuk menumpaskan United 5-4.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain