suria

Zlatan Ibrahimovic Buktikan Kenapa Dia Pemain Paling Berharga Di Eropah

ZLATAN Ibrahimovic membuktikan mengapa dia masih kekal sebagai penyerang yang paling berharga dan digeruni di Eropah pada usia 30 tahun apabil menyumbatkan golnya yang kelima musim ini untuk mengangkat Paris St Germain (PSG) ke tangga ketiga Liga Perancis dengan menumpaskan Toulouse 2-0.

Juara bertahan, Montpellier, sebaliknya terus bergelumang dengan prestasi yang merudum di awal musim ini apabila tewas 1-3 kepada pasukan baru dinaikkan Stade de Reims.

Gol dari Javier Pastore dan Zlatan Ibrahimovic memberikan PSG sembilan mata dari lima perlawanan, cuma ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Olympique Marseille.

Montpellier kini menduduki tangga ke-14 liga.

Artikel Berikut

Artikel Lain