suria

Azpilicueta Sah Sarung Jersi Chelsea

Azpilicueta mempamerkan jersi Chelsea yang bakal dipakai musim ini.
Azpilicueta mempamerkan jersi Chelsea yang bakal dipakai musim ini.
Azpilicueta mempamerkan jersi Chelsea yang bakal dipakai musim ini.

PEMAIN pertahanan Marseille, Cesar Azpilicueta sah menjadi milik Chelsea selepas kedua-dua kelab mencapai persetujuan perpindahan pemain tersebut.

Azpilicueta yang bakal menyambut kelahiran ke-23 Selasa ini menjadi pemain keempat menyertai The Blues musim ini selepas Eden Hazard, Oscar dan Marco Marin.

Ketiga-tiga penyerang itu bernilai £64 juta (RM314 juta) yang mana perancang Belgium (Hazard) bernilai separuh daripada jumlah tersebut.

Marseille dilaporkan menerima sebanyak £7 juta (RM34 juta) bagi perpindahan ini, sekali gus mencatatkan jumlah £71 juta (RM349 juta) keseluruhan yang telah dibelanja oleh Chelsea musim ini.

Juara Liga Juara-Juara (CL) musim lalu ini turut membeli penyerang Wigan Athletic, Victor Moses dan dijangka akan turut membawa masuk seorang lagi penyerang dari Porto, Hulk sebelum jendela perpindahan ditutup Jumaat ini.

Marseille telah mengesahkan perpindahan ini di laman web mereka.

"Cesar Azpilicueta telah berpindah ke Chelsea secara rasmi. Pemain pertahanan Sepanyol itu telah menandatangani dengan juara Eropah 2012," jelas kenyataan tersebut.

Azpilicueta telah mempamerkan 69 aksi bersama Marseille dan kemenangan terakhir, 2-0 ke atas Sochaux baru-baru ini.

Walaupun masih belum mempunyai kap bersama skuad senior Sepanyol, dia telah bersama skuad bawah 23 negaranya tahun termasuk beraksi dalam Sukan Olimpik baru-baru ini.

Artikel Lain