suria

Sukan Olimpik: Bolt Kekal Pelari Terpantas Dunia

Bolt masih mengekalkan rekod terpantas acara pecut menjadi miliknya.
Bolt masih mengekalkan rekod terpantas acara pecut menjadi miliknya.
Bolt masih mengekalkan rekod terpantas acara pecut menjadi miliknya.

JAGUH pecut Jamaica, Usain Bolt mengesahkan statusnya selaku pelari terpantas selepas berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 100 meter lelaki pada Sukan Olimpik 2012.

Pada aksi di Stadium Olimpik di sini awal pagi Isnin, pemegang rekod dunia itu memecut ke hadapan selepas melepasi jarak 60 meter untuk mencatat masa 9.63 saat, catatan kedua terpantas dalam sejarah.

Namun catatan masa Bolt, 25, itu sedikit perlahan berbanding rekod dunia 9.58s yang diciptanya pada tahun 2009.

Dia turut memperbaharui rekod Olimpik selepas mencatat masa 9.69 di Beijing, China empat tahun lalu.

Kejayaan Bolt itu juga sekali gus turut menutup mulut pengkritik selepas dia dikalahkan oleh rakan sepelatihnya, Yohan Blake pada sesi pemilihan atlet Jamaica ke temasya kali ini.

"Saya telah melaksanakan dan ia adalah kunci kejayaan ini," kata Bolt yang mengumpul empat pingat emas pada Sukan Olimpik.

"Apabila tiba hari kejohanan, saya perlu melaksanakan tugas tersebut dan ternyata saya berjaya melakukannya," katanya.

Sementara itu, Blake yang sering kali dianggap sebagai pengganti Bolt selaku pelari terpantas di dunia memenangi pingat perak selepas menyamai catatan peribadi terbaik 9.75 saat.

"Usain (Bolt) sampai pada tahap ini dan dia tahu apa yang perlu dilakukan. Dia adalah jaguh dunia dan pelari terpantas di dunia," kata Blake yang membayangi kehebatan Bolt selepas memenangi acara 100 dan 200m pada sesi pemilihan atlet Jamaica.

"Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih, ini adalah Olimpik pertama saya dan saya berjaya memenangi pingat perak. Apa lagi yang saya harapkan? Menjadi pelari kedua terpantas di dunia di belakang Bolt adalah suatu penghormatan."

Selain itu, pemenang pingat emas pada Sukan Olimpik 2004, Justin Gatlin yang membuat penampilan semula selepas empat tahun digantung kerana terbabit dengan penggunaan dadah meraih pingat gangsa dengan catatan peribadi terbaik 9.79s.

Acara 100 meter yang disaksikan 80,000 penonton di Stadium Olimpik itu turut mencuri tumpuan apabila menampilkan empat pelari terpantas dalam sejarah iaitu Bolt, Tyson Gay, Asafa Powell dan Blake.

Rakan senegara Bolt, Shelly-Ann Fraser-Pryce turut melakar sejarah apabila berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 100m wanita.

Selepas memenangi acara 100m, Bolt berkata, dia hanya selangkah lagi untuk memegang status pelari legenda.

"Sebahagian daripada kamu meragui kemampuan saya. Selepas ini, saya akan melengkapkan saingan dalam acara 200m, sekali gus mempertahankan pingat emas saya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain