suria

Skuad Ragbi Negara Uji Kekuatan Bertemu RSC Esok

PETALING JAYA: Pasukan ragbi Malaysia kini bersedia untuk melangkah ke fasa kedua latihan menjelang Kejohanan Ragbi 5 Negara Asia HSBC 2012 yang akan berlangsung 30 Mei hingga 2 Jun ini.

Latihan yang berlangsung di Kompleks Sukan COBRA, Petaling Jaya ini menyaksikan seramai 35 orang termasuk empat pemain dari Fiji terpilih bagi menjalani latihan ini.

Sementara itu, pasukan kendalian ketua jurulatih ragbi negara, Boon Hoon Chee bakal menguji kekuatan apabila dijadualkan akan bertemu pasukan pilihan Kelab Diraja Selangor (RSC) pada Khamis (esok) di Bukit Kiara Sports Annex.

Perlawanan persahabatan ini juga menjadi medan pemilihan 24 pemain untuk menyarung jersi negara.

Manakala pemain-pemain yang terpilih itu akan meneruskan fasa latihan ketiga sebelum menerima kunjungan China bagi perlawanan pertama pada 31 Mei ini.

Kejohanan yang membabitkan Divisyen 2 dan Divisyen 3 membabitkan 8 pasukan ini yang memasuki edisi kelima selepas 2009, dengan juara setiap divisyen akan layak beraksi di play-off bagi merebut tempat ke Divisyen 1, seterusnya menghidupkan peluang untuk beraksi di Piala Dunia Ragbi 2015.

Artikel Sebelum

Artikel Lain