suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbatov Kata Kariernya Bersama United Telah Berakhir

DIMITAR BERBATOV menerima hakikat bahawa kariernya bersama Manchester United kini sudah berakhir dan memutuskan perpindahan adalah opsyen terbaik untuk masa depannya.

Pemain Bulgaria berusia 31 tahun itu hanya diturunkan bermain lima perlawanan liga musim ini walaupun United melanjutkan kontraknya selama setahun lagi bermula Mac lalu.

Kini Berba mendakwa, Sir Alex Ferguson tidak menunaikan janjinya untuk membuka lebih banyak peluang dia bermain.

"Kami bercakap soal ini tidak kurang dari 10 kali dan setiap kali dia memberi jaminan akan ada tempat untuk saya bermain dalam kesebelasan utama tetapi akhirnya saya tetap memanaskan bangku simpanan," ujar Berbatov kepada akhbar the Sun, UK.

Kini kata Berba, kariernya bersama United sudah berakhir kerana "Saya tidak lagi merasakan yang saya adalah sebahagian daripada perancangan kelab ini lagi dan saya tidak fikir saya patut dilayan sebegini."

Untuk rekod, hanya semusim yang lalu, penyerang itu adalah penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dan musim berikutnya (musim ini) dia hanya diturunkan dalam lima perlawanan liga sahaja.

Menurut Berba, dia adalah seorang pemain yang mempunyai harga diri dan menerusi layanan yang diterimanya musim ini jelas membuktikan yang dia perlu berpindah untuk meneruskan karier di kelab lain.

Pemain itu juga percaya yang dia masih boleh terus bermain di peringkat tertinggi untuk beberapa musim lagi.

Bagaimanapun tegas Berba, dia tidak sama sekali akan menyertai kelab seperti Manchester City.

"Saya tidak akan memilih City sekiranya ditawarkan...saya masih seorang yang setia. Malah saya mempunyai peluang pada masa lalu untuk bermain dengan City tetapi saya tetap memilih United," tegasnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain