FA Inggeris Lantik Roy Hodgson Sebagai Pengurus England

Hodgson menjadi pilihan FA Inggeris untuk mengemudi pasukan England tahun ini.
Hodgson menjadi pilihan FA Inggeris untuk mengemudi pasukan England tahun ini.
Hodgson menjadi pilihan FA Inggeris untuk mengemudi pasukan England tahun ini.

PIHAK pengurusan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA Inggeris) malam tadi membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila mereka memilih untuk menawarkan jawatan pengurus skuad kebangsaan England kepada pengurus kelab WBA, Roy Hodgson.

Ini bermakna FA Inggeris telah mengenepikan calon pilihan ramai iaitu Pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp yang selama ini dijangka akan menjadi calon tunggal bagi mengantikan Fabio Capello yang meletakkan jawatan secara mengejut Februari lalu.

Hodgson, 64, adalah satu-satunya calon yang dipilih oleh pihak FA untuk jawatan getir itu dan perbincangan rasmi dijangka berlangsung hari ini (Isnin).

Bagaimanapun Hodgson, yang dipecat sebagai pengurus Liverpool hanya 16 bulan yang lalu kini menyedari bahawa pemilihannya bermakna beliau harus memperolehi mandat dan keyakinan para penyokong skuad kebangsaan yang rata-ratanya mahukan Redknapp sebagai pengurus.

Hodgson, sebenarnya bukanlah calang-calang calon. Beliau pernah mengurus skuad kebangsaan Switzerland, UAE dan juga Finland di samping berjaya sebagai seorang pengurus kelab,

Pelantikkannya itu dengan segera mendapat ucapan tahniah daripada Redknapp.

Pengurus Tottenham itu berkata; “Saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Roy. Sekarang saya boleh menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas kelab saya dan sememangnya saya ingin terus kekal begitu."

Secara kebetulan juga, kontrak Hodgson bersama WBA akan tamat pada 30 Jun ini.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FA Inggeris, pengurusan WBA telah pun memberi keizinan kepada Hodgson untuk berunding mengenai jawatan barunya itu.

Persetujuan ini dicapai hasil perbincangan di antara Pengerusi FA, David Bernstein dengan Pengerusi West Brom, Jeremy Peace.

“Roy telah melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi dan menakjubkan sepanjang tempoh 15 bulan beliau bersama kami.

“Dia juga adalah seorang warga negara yang sangat bangga dengan asal usulnya dan oleh yang demikian kami memahami perasaannya apabila ditawarkan jawatan sepenting ini," tegas Peace.

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain