suria

Man United Sekadar Seri Bertemu Everton

Penyerang Man United, Rooney (kanan), Rio Ferdinand (tengah) dan Welbeck (kanan) kecewa selepas pasukannya meraih seri ketika bertemu Everton, Ahad.

PEREBUTAN kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali rancak selepas pendahulu liga, Manchester United gagal mengutip mata penuh ketika aksi menentang Everton yang berkesudahan seri 4-4.

Perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas gol dengan Nikica Jelavic membuka jaringan awal minit ke-33, namun Wayne Rooney menyamakan kedudukan minit ke-41.

Babak kedua menyaksikan Danny Welbeck menjaringkan gol kedua buat Man United sebelum Nani menyumbat gol ketiga minit ke-go.

Namun pemain tengah Everton, Marouane Fellaini cuba merapatkan kedudukan dengan menjaringkan gol kedua pasukannya minit ke-66 sebelum Rooney sekali lagi menambah gol keempat Man United.

Ketinggalan 2-4 tidak mematahkan semangat anak buah David Moyes yang terus mencari gol sehingga Jelavic sekali lagi menjaringkan gol ketiga buat Everton.

Steven Pienaar menjadikan perlawaanan penuh dramatik apabila menjaringkan gol keempat Everton minit ke-84 sekaligus menjadikan keputusan muktamad seri 4-4.

Senarai pemain:

Man Utd: De Gea, Rafael, Evans, Ferdinand, Evra, Valencia, Carrick, Scholes, Nani, Rooney, Welbeck. (pemain simpanan): Amos, Jones, Giggs, Smalling, Park, Hernandez, Young.

Everton: Howard, Hibbert, Jagielka, Heitinga, Distin, Osman, Neville, Fellaini, Gibson, Pienaar, Jelavic. (pemain simpanan): Mucha, Stracqualursi, McFadden, Cahill, Gueye, Barkley, Anichebe.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain