suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet Tak Mampu Menang Perlu Berundur

KUALA LUMPUR: Atlet yang sudah tidak mampu memberi kemenangan perlu berundur bagi memberi peluang kepada atlet pelapis, tegas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, demikian juga kepimpinan sukan yang tidak lagi berdaya saing perlu memberi ruang untuk orang baru menerajui persatuan.

"Saya juga dengan rendah diri merayu semua pemimpin, pegawai dan sukarelawan sukan untuk tampil ke hadapan dan terus memberi sumbangan kepada sukan negara.

"Pertelagahan sesama sendiri bukan sahaja dianggap beban kepada kemajuan sukan kita tetapi akan menghilangkan keyakinan para atlet dan orang ramai terhadap sukan kita," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Kebangsaan 2011 di Hotel Palace of Golden Horses di sini malam Selasa.

Turut berangkat ke majlis itu Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan anugerah kepada Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 iaitu pemain badminton Datuk Lee Chong Wei, yang diwakili abangnya Lee Chong Eng, dan ratu terjun Pandelela Rinong.

Pandelela dan Chong Wei menerima piala dan wang tunai berjumlah RM20,000.

Ahmad Shabery berkata beliau juga yakin pasukan bola sepak kebangsaan mampu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF yang akan diadakan di Malaysia hujung tahun ini.

"Bagi saya tanpa amukan penonton yang mengejek kita, tanpa 'barracuda' yang menggugat ketahanan mental pemain-pemain kita, bermain di tempat sendiri akan memberi kelebihan untuk kita pertahankan kejuaraan ini buat kali kedua berturut-turut," katanya.

Skuad bola sepak negara atau Harimau Malaya menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 untuk menjulang Piala Suzuki 2010. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain