suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea, Real Tempah Tiket Ke Separuh Akhir

Maxi diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.
Maxi diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.
Maxi diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

LONDON: Chelsea berjaya mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Benfica 2-1 pada perlawanan suku akhir kedua di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

Chelsea mencatat kemenangan dengan agregat 3-1.

Sepakan penalti oleh pemain tengah, Frank Lampard membolehkan Chelsea berada di depan pada separuh masa pertama.

Nasib tidak menyebelahi Benfica apabila kehilangan seorang pemain selepas kaptennya Maxi Pereira dibuang padang pada minit ke-40 akibat menerima kad kuning kedua oleh pengadil Slovenia, Damir Skomina.

Bagaimanapun, Javi Garcia menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat perlawanan sehinggalah Raul Meireles memastikan kemenangan Chelsea pada masa kecederaan.

Chelsea akan bertemu juara bertahan Barcelona yang menyingkirkan AC Milan di separuh akhir pada Rabu. Sementara itu di Madrid, juara sembilan kali, Real Madrid turut mara ke separuh akhir selepas membenam APOEL Nicosia 5-2.

Pasukan kendalian pengurus Jose Mourinho itu menang dengan agregat 8-2.

Jaguh Sepanyol itu akan bertemu Bayern Munich dari Jerman dalam satu lagi pertemuan separuh akhir, bulan ini.

Artikel Lain