suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pemain Bola Sepak Itali Meninggal Dunia

BEKAS pemain Itali dan Lazio, Giorgio Chinaglia (gambar) disahkan oleh keluarga dan kawan terdekat telah meninggal dunia pada umur 65 tahun, awal pagi Isnin.

Chinaglia dilahirkan di Itali dan membesar di Wales memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak bersama Swansea ditemui mati awal pagi ini oleh anak angkatnya, Anthony di rumah mereka, Florida.

Beliau sebelum ini menderita mengalami komplikasi selepas menjalani rawatan masalah hati.

Chinaglia yang mewakli Itali dalam aksi Piala Dunia pada tahun 1974 dan turut beraksi dengan pasukan New York Cosmos lewat 70-an meninggalkan isteri, Angela dan lima orang anak.

Sementara itu, Charlie Stilitano yang mengendalikan program bersama Chinaglia di stesen radio Sirius XM mengesahkan kematian ini bagi pihak ahli keluarga Chinaglia.

"Pagi ini saya mendapat berita dari anaknya, dan kami mengesahkan beliau telah meninggal dunia," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain