T-Team Resah Fadli Cedera Hadapi Pahang - Sukan | mStar

T-Team Resah Fadli Cedera Hadapi Pahang

KUALA TERENGGANU: Pasukan T-Team berdepan kerisauan dan perlu mencongak formula baru selepas penyerang Fadli Saari mengalami masalah kecederaan menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Sabtu ini.

Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata Fadli cedera di peha ketika bermain menentang Sarawak dalam Liga Super di sini Jumaat lepas.

"Kita akan lihat perkembangan kecederaan Fadli dalam sehari dua lagi. Saya harap dia sempat pulih," katanya, Rabu.

Kerisauan Yunus itu bagaimanapun sedikit terubat apabila pemain pertahanan Shahril Faisal Sharifuddin akan kembali memantapkan benteng pertahanan pasukan.

Shahril tidak diturunkan dalam dua perlawanan lepas kerana menerima kad merah ketika menentang Perak di sini pada 11 Feb lepas.

Yunus berkata pusingan kedua Piala FA nanti dijangka sengit dan menarik kerana ini adalah perlawanan kalah mati sebelum melangkah ke separuh akhir.

Katanya T-Team yang bermain dalam Liga Super manakala Pahang dari Liga Perdana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak mahu ambil mudah terhadap lawan kerana Pahang antara teratas dalam saingan Liga Perdana.

Pasukan T-Team sedang menilai tiga pemain import, masing-masingnya daripada Brazil, Mali dan Ivory Coast sebelum seorang daripadanya dipilih sekitar minggu ini.

Pengurus pasukan, Rozi Mamat, berkata keputusan akan dibuat pada mesyuarat pengurusan selepas mendengar laporan penuh daripada jurulatih, penolong jurulatih dan lima ahli panel yang dilantik.

Sebelum ini, T-Team mempunyai seorang penyerang import, Zacharia Simukonda, yang disingkir kerana prestasi tidak memuaskan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain