suria

Wilkins Sokong Di Matteo Uruskan The Blues

Di Matteo bakal mengendalikan kelab Chelsea sehingga tamat musim ini.
Di Matteo bakal mengendalikan kelab Chelsea sehingga tamat musim ini.
Di Matteo bakal mengendalikan kelab Chelsea sehingga tamat musim ini.

ROBERTO Di Matteo yang dilantik menjadi pengurus Chelsea musim ini selepas Andre Villas-Boas dipecat pada Ahad dijangka bakal menjalani tugas rasminya dengan memberi tumpuan bagi memastikan kelab itu layak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara (CL) musim depan.

Dengan kedudukan kelima di Liga Perdana Inggeris (EPL), Di Matteo pastinya mahu membaiki kemerosotan pasukan dan sekiranya kelab ini gagal untuk layak ke CL musim depan, ia bakal menjadi pengalaman terburuk sejak pemilik kelab, Roman Abramovich membelinya pada tahun 2003.

Dengan berbaki 11 perlawanan musim ini, bekas pemain tengah The Blues ini dijangka menggunakan ramuannya sendiri untuk menghadapi perlawanan akan datang dan ia turut disokong oleh bekas pembantu kelab ini, Ray Wilkins.

“Dia telah lama terlibat dalam Liga Perdana ini dan tahu apa situasi yang berlaku.

"Saya rasa lebih baik Robbie menguruskan kelab ini daripada orang lain sehingga tahun ini,” kata Wilkins kepada Sky Sports News.

Chelsea kini mengutip 46 mata daripada 27 perlawanan, tiga mata di belakang Arsenal yang menduduki tangga keempat liga.

Di Matteo,41, pernah menyarung jersi Chelsea pada tahun 1996-2002 dan bermain dengan pasukan antarabangsa Itali pada tahun 1994–1998.

Mula menjadi pengurus pada tahun 2008-09 (Minton Keynes Dons), serta mengendalikan pasukan West Bromich Albion (2009-2011).

Selepas itu, dia dilantik menjadi penolong kepada Villas-Boas dan kini dipilih untuk menguruskan sepenuhnya The Blues sehingga tamat musim ini.

Artikel Lain