suria

Torres Tetap Sayang Penyokong The Reds

PEMAIN antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres menegaskan bahawa penyokong-penyokong Liverpool tidak tahu cerita sebenar mengenai perpindahannya ke Stamford Bridge Januari lalu.

Menurut Torres, perpindahan ke pasukan Chelsea menimbulkan reaksi tidak senang penyokong-penyokong The Reds sekali gus memberi gambaran negatif kepada dirinya.

Jelasnya, dia mempunyai alasan tersendiri mengenai perpindahan itu dan berterima kasih kepada bekas pengurus lamanya, Rafael Benitez yang memahami keadaan itu.

“Penyokong Liverpool sudah dihidangkan dengan pelbagai cerita oleh kelab dan mereka tidak tahu perkara sebenar. Namun saya tidak berkecil hati kerana mereka sentiasa istimewa bagi saya.

“Saya terhutang budi dengan Rafa dan tiada siapa yang memahami saya seperti mana yang ditunjukan. Dia adalah seorang jurulatih yang baik dan pasukannya hanya fokus satu perkara sahaja, iaitu bersaing,” katanya kepada media Sepanyol.

Artikel Sebelum

Wushu Lelaki Hadiah Emas Pertama

Artikel Berikut

Acara Sukan Sea Ke-26, Khamis

Artikel Lain