Sukan SEA: Skuad Luncur Air Yakin Bawa Pulang Dua Emas - Sukan | mStar

Sukan SEA: Skuad Luncur Air Yakin Bawa Pulang Dua Emas

KUALA LUMPUR: Pasukan luncur air negara ke Sukan SEA Indonesia 2011, yang majoriti atletnya mempunyai talian persaudaraan, meletakkan harapan kepada peluncur wanita Phillipa Clare Yoong Li Foong dan Aaliyah Yoong Hanifah untuk menyumbang dua pingat emas untuk Malaysia. Pengurus pasukan Hanifah Yoong Yin Fah, yang juga bapa kepada dua peluncur wanita itu, berkata beliau berkeyakinan Phillipa mampu mengutip emas dalam acara jump wanita memandang peluncur itu pernah meraih emas dalam acara yang sama ketika beraksi di kejohanan Sukan SEA di Jakarta pada 1997. "Walaupun ini adalah merupakan penampilan pertama Aaliyah ke Sukan SEA, saya percaya bahawa beliau mampu mengatasi peluncur negara lain terutamanya dari tuan rumah (Indonesia), Thailand dan Singapura yang tidak kurang hebatnya dalam acara tricking," katanya ketika dihubungi, Jumaat. Selain Phillipa Clare dan Aaliyah, tujuh lagi peluncur yang akan beraksi di Palembang ialah Nur Qamarina Shamsul Anuar, Sophea Ayna Yein, Cheah Hsu Ann, Alexander Charles Yoong Loong, Shamal Norman Abdul Rahman, Muhammad Zahhar Shamsul Anuar dan Muhamad Zaim Shamsul Anuar.

Uniknya penyertaan kali ini ialah lapan peluncur tersebut mempunyai pertalian persaudaraan daripada tiga keluarga iaitu keluarga Hanifah Yoong (Phillipa, Alex dan Aaliyah), Shamsul Anuar (Zahhar, Zaim dan Qamarina) dan Abd Rahman (Shamal Norman dan Sophea Ayna Yein) dan mereka ditemani peserta Hadi Irfan Rahaizah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Sukan Sea: Pemburuan Emas Bermula Jumaat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain