suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

100 Peserta Sertai Terengganu Starhill Challenge

BESUT: Seramai 100 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai kejohanan tahunan 4X4 Terengganu Starhill Challenge Antarabangsa Tahunan kali ke-8.

Pengarah kejohanan Ayob Jusoh berkata antara peserta luar negara yang disasar menyertai acara berprestij anjuran bersama kerajaan negeri Terengganu dan Kelab Pengembaraan Geddut 4x4M itu, ialah dari Jerman, China dan Thailand.

Kejohanan yang akan diadakan di Bukit Keluang, Besut dari 11 hingga 13 Nov itu menawarkan hadiah berjumlah RM25,000.

"Kejohanan ini juga diadakan sebagai persiapan untuk peserta menghadapi Kejohanan Rainforest Antarabangsa Challenge yang akan diadakan di Terengganu pada pertengahan Disember ini," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Penyertaan masih dibuka dan mereka yang berminat boleh menghubungi beliau melalui talian 012-9652889 atau setiausaha kejohanan Wan Abdul Rahim di talian 019-6075628 sebelum 10 November. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain