suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaqhwan Beralih Arah Ke Supersports 600cc

Zaqhwan akan beraksi dalam kategori Supersports 600cc buat kali pertama di Litar Antarabangsa Zhuhai hujung minggu ini.
Zaqhwan akan beraksi dalam kategori Supersports 600cc buat kali pertama di Litar Antarabangsa Zhuhai hujung minggu ini.
Zaqhwan akan beraksi dalam kategori Supersports 600cc buat kali pertama di Litar Antarabangsa Zhuhai hujung minggu ini.

MOHD Zaqhwan Zaidi beralih arah dari kategori Underbone 115cc ke SuperSports 600cc pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China pada 14 hingga 16 Oktober ini.

Pelumba 16 tahun itu menggantikan tempat Mohd Suhadi Ali Rahmat dalam pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia dan akan bergandingan dengan rakan sepasukan barunya iaitu Azlan Shah Kamaruzaman, 27 tahun dan Mohd Emir Firdaus Hasan, 22 tahun.

Zaqhwan ketika ini menghuni tangga ke-19 dalam kategori Underbone 115cc dengan 19 mata namun dia tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi dalam kategori SuperSports 600cc.

“Sememangnya sudah menjadi impian saya untuk beraksi dalam SuperSports 600cc dan saya sendiri tidak menyangka peluang itu datang secepat ini,” kata Zaqhwan yang mula karier perlumbaannya pada tahun lepas.

Pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dari Pachie Yuzy Honda Racing berterima kasih kepada Boon Siew Honda Racing Malaysia kerana memberi peluang buat pelumba muda itu beraksi di Zhuhai dan juga pusingan akhir di Qatar nanti.

“Kami benar-benar menghargai peluang yang diberikan kepada Zaqhwan untuk dia menimba pengalaman di peringkat Asia.

"Saya dapat melihat bakat yang ada padanya dan dengan didikan dan tunjuk ajar yang betul serta pendedahan yang luas, saya percaya dia mampu untuk pergi lebih jauh dalam karier perlumbaannya,” katanya.

Ini merupakan perlumbaan pertama Zaqhwan dalam kategori SuperSports 600cc dan juga kali pertama dia beraksi di Litar Antarabangsa Zhuhai.

"Berlumba di suasana yang baru bukan satu masalah baginya namun kami memberi masa untuk dia menyesuaikan diri dengan jentera yang digunakannya.

"Saya percaya catatan masa yang dilakukannya akan bertambah baik dari sesi latihan pada hari Jumaat sehingga pada perlumbaan sebenar pada hari Ahad," jelas Shahrol Yuzy.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain