suria

FAM Pilih Stadium Perlawanan Akhir Piala M'sia Selasa

PETALING JAYA: Perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29 Oktober ini tidak akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil berikutan kerja-kerja penyelenggaraan trek di stadium itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kerja-kerja penyelenggaraan di stadium itu kini tergendala akibat kekerapan hujan.

"Oleh yang demikian, stadium perlawanan akhir Piala Malaysia akan diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuaas Pertandingan Tempatan FAM Selasa," katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman Anugerah Bola Sepak Kebangsaan di sini, Isnin.

Azzuddin berkata, sebanyak 10 kategori menjadi rebutan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Kali Keempat yang akan diadakan di Hotel Holiday Inn Glenmarie Shah Alam, pada 1 November ini.

Katanya kategori Pemain Paling Bernilai akan menjadi anugerah kemuncak dengan hadiah wang tunai RM5,000.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Penjaga Gol Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Pemain Paling Bernilai, Persatuan Terbaik dan Kelab Terbaik.

Azzuddin menambah, calon bagi semua kategori itu akan disenarai pendek selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, 29 Oktober ini.

Anugerah itu dianjurkan oleh FAM dengan kerjasama syarikat pengeluar minuman, 100Plus dan stesen televisyen berbayar, Astro Arena.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Euro 2012

Artikel Lain