suria

Erwin Raih Podium Pada Cabaran Ferrari Trofeo Pirelli

Erwin (dua kanan) menaiki podium bagi kategori Coppa Shell.
Erwin (dua kanan) menaiki podium bagi kategori Coppa Shell.
Erwin (dua kanan) menaiki podium bagi kategori Coppa Shell.

SEPANG: Pelumba dari Singapura, Ringo Chong berjaya mengungguli Pusingan 4 Perlumbaan Cabaran Ferrari Trofeo Perelli Asia Pasifik (APAC Series)yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Ringo mencatat masa 2:14.95 saat di depan Jeffery Lee (Taiwan) dan Eric Kwong (Hong Kong) ketiga bagi kategori Trofeo Perelli pada perlumbaan kedua.

Bagi kategori Coppa Shell, pelumba dari Indonesia, Renaldi Martin Hutasoit mendahului pelumba lain untuk meraih gelaran pertama dalam perlumbaan ini diikuti Tack Sung Kim dari Korea Selatan dan ketiga pelumba negara, Erwin Azizi.

Biarpun berada di tangga ketiga, ia merupakan kejayaan besar buat Erwin yang mewakili pasukan Naza Racing Team dan ini ia merupakan pengalaman bermakna setelah dua tahun tidak beraksi di litar.

“Ia satu perlumbaan yang sengit. Biarpun pada perlumbaan pertama saya gagal untuk berada dalam kedudukan terbaik, tetapi saya gembira kerana berjaya menaiki podium bagi perlumbaan kedua.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan kepada Datuk Wira SM Faizal SM Nasimuddin yang memberi kepercayaan kepada saya untuk beraksi pada perlumbaan yang julung kalinya diadakan di Malaysia ini,” katanya kepada media.

Perlumbaan yang pertama kali di adakan di Malaysia ini merupakan salah satu pusingan bagi perlumbaan APAC Series yang sebelum ini turut berlangsung di China bagi pusingan 1,2 dan 3.

Manakala pusingan akhir akan berlangsung di Europe pada 5 November depan.

Artikel Lain