suria

Empat Pelari Tempatan Bawa Nama Negara Ke Filipina

PETALING JAYA: Empat pelari tempatan berjaya mewakili negara ke pusingan akhir Kejohanan Larian ‘King of the Road 2011’ (KOTR) anjuran Adidas di Filipina pada 23 Oktober ini.

Keempat-empat pelari ini dipilih selepas menjuarai kategori 16.8 kilometer pada larian peringkat kebangsaan yang berlangsung sepanjang Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dan berakhir di pusat membeli-belah Sunyway Pyramid di Bandar Sunway, Ahad.

Pasangan adik beradik, M. Arul Thevar dan Murali Arasu meraih tempat pertama dan kedua bagi kategori lelaki manakala bagi kategori wanita, diraih oleh Michelle Tan Bee Kiang dan Ng Sun Nee (kedua).

Arul, 33 berkata, ini kali pertama menyertai kategori ini dan agak bertuah kerana berjaya meraih tempat pertama.

“Setiap tahun saya menyertai KOTR dan beraksi pada kategori separuh maraton. Namun tahun ini saya gembira kerana berjaya mewakili negara ke Filipina dua minggu lagi.

“Saya pasti saingan di sana lebih sengit dan saya akan cuba melakukan persiapan lebih teliti bersama adik saya,” katanya kepada mStar Online.

Edisi ke-13 KTOR ini menyaksikan seramai 7,700 peserta bersaing dalam dua kategori termasuk Tertutup (lelaki dan wanita) hanya untuk peserta tempatan, manakala bagi kategori Terbuka (lelaki dan wanita) untuk peserta antarabangsa.

Selain Malaysia, turut menjadi tuan rumah larian ialah Thailand (15 Mei), Singapura (28 Ogos), Indonesia (25 Sept) dan terakhir grand final di Filipina (23 Okt) sekali gus menyaksi juara KOTR Asia Tenggara 2011 bakal dinobatkan.

Artikel Lain