suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Velospeed SIC Ke Peringkat Akhir Pertandingan 'F1 Schools'

KUALA LUMPUR: Pasukan pereka model jentera Formula Satu (F1) Malaysia, Velospeed SIC, melangkah ke pusingan kedua pertandingan 'F1 in Schools' bagi kategori 'knockout competition' meskipun terpaksa menukar model di saat-saat akhir.

Velospeed SIC, yang diwakili empat pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, menumpaskan pasukan dari Dubai, Team Readshift, pada pusingan pertama pada Selasa untuk mara ke peringkat kedua setelah melakukan catatan "reaction time" 1.307 saat, berbanding 1.309 saat oleh Redshift.

Jentera ciptaan Velospeed SIC yang dikenali sebagai Velospeed Racing 2011 (VR-11) didatangkan dalam tiga model.

Penasihat Velospeed SIC Norazrina Abdul Aziz berkata pasukan Malaysia mempertaruhkan model jentera kedua yang lebih ringan sebagai pengganti kepada kereta pertama pada saat-saat akhir kerana mengalami masalah pada bahagian tayar.

"Pasukan kehilangan 15 markah kerana terpaksa menukar kereta di saat-saat akhir akibat kerosakan kereta pertama semalam dalam kategori "fastest car", namun Velospeed masih mampu melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam acara knockout," katanya.

Sebanyak 17 negara mengambil bahagian dalam pertandingan F1 in Schools yang bertujuan melahirkan perekabentuk muda yang inovatif dan kreatif dalam mereka bentuk kereta F1.

Selain Malaysia, antara negara yang mengambil bahagian ialah Australia, Singapura, Kanada, England, Afrika Selatan, New Zealand, Norway dan Scotland yang bersaing dalam 14 kategori yang dipertandingkan.

Pasukan Velospeed SIC dianggotai oleh Asyraff Najmie selaku ketua pasukan, pereka grafik Mohammad Arif Azizan Abdul Jalil, jurutera pembuatan Muhammad Aimran Mohd Noor dan pengurus sumber Alang Ariff Asyraf Muhammad Ghazali.

Berikutan kemenangan hari ini, Velospeed SIC akan bertemu pasukan Solstice dari Kanada pada Rabu bagi penentuan ke peringkat akhir kategori 'knockout competition'.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Evra Anggap The Blues Saingan Utama

Artikel Lain