suria

Evra Anggap The Blues Saingan Utama

Evra (depan) yakin pasukan Chelsea tetap menjadi pencabar utama musim ini.
Evra (depan) yakin pasukan Chelsea tetap menjadi pencabar utama musim ini.
Evra (depan) yakin pasukan Chelsea tetap menjadi pencabar utama musim ini.

PEMAIN pertahanan Manchester United, Patrice Evra menganggap cabaran sebenar pasukannya bukanlah Manchester City, sebaliknya skuad Chelsea yang mampu menggugat saingan perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Biarpun skuadnya berjaya menundukkan The Blues 3-1 pada perlawanan EPL Ahad lalu, Evra mendapati Chelsea mempunyai lebih kurang 20 peluang untuk menjaringkan gol, namun ketumpulan menjaringan gol membuatkan pasukannya itu mampu mengutip mata penuh dalam lima perlawanan setakat ini sekaligus menjadi rekod terbaik sejak 26 tahun lalu.

“Ia seperti perlawanan tinju, saya tumbuk kamu dan kamu tumbuk saya balik. Ia amat pelik.

“Saya sangat menghormati Chelsea. Orang ramai sibuk bercakap mengenai kami dan City tetapi bagi saya, pasukan The Blues merupakan pasukan yang kuat.

"Mereka datang ke sini bukan hanya untuk bertahan, tetapi jika kamu lihat mereka telah banyak mencipta peluang gol.

“Saya tidak percaya bahawa Fernando Torres gagal menjaringkan gol mudah, namun saya bersyukur kerana Tuhan bersama kami,” katanya mengenai perlawanan itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain