suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vettel catat kemenangan ketujuh musim 2011

SPA-FRANCORCHAMPS: Pemandu pasukan Formula One Red Bull, Sebastian Vettel muncul juara Grand Prix Belgium dan melebarkan kedudukan dengan pungutan 92 mata ketika pasukannya mencatat kemenangan 1-2 dengan rakan sepasukan dari Australia, Mark Webber, malam Ahad.

Kemenangan itu adalah yang ketujuh bagi pelumba juara dunia dari Jerman berusia 24 tahun itu sepanjang 12 perlumbaan tahun ini, dengan baki tujuh grand prix yang menawarkan 175 mata maksimum dan gelaran juara yang hampir pasti berada dalam genggaman sebelum penghujung musim.

"Ini mungkin salah satu keputusan terbaik pernah dicatat sebagai sebuah pasukan," kata Webber.

Pemandu handalan Britain, Jenson Button mendapat tempat ketiga untuk pasukan McLaren selepas bermula dari petak ke-13 dan ketinggalan di tempat ke-19 selepas hentian pit pertama pada perlumbaan berkenaan yang sekali lagi dikuasai oleh strategi tayar. REUTERS

Artikel Berikut

Keputusan Liga Sepanyol

Artikel Lain